Thursday, January 29, 2009

Jom layan Konsert Alam M Nasir


Alam Muzik M.Nasir mengisahkan tentang perjalanan seni M.Nasir menjangkau tiga puluh tahun bergelar anak seni.

Konsert eksklusif Ikon muzik Malaysia ini akan memperlihatkan M. Nasir mengalunkan lebih kurang 30 buah lagu untuk pertunjukan secara tiga malam berturut-turut secara solo. Konsert yang berdurasi selama dua jam tanpa henti ini akan menyaksikan kepelbagaian genre muzik dipersembahkan dari pop, keroncong, tradisional, balada, irama Malaysia dan lain-lainnya.

Himpunan 15 orang pemuzik profesional yang terkenal dan diakui sebagai terbaik di Malaysia seperti Mohar, Zulkifli Mahat, Ramli Rebana, Jay-Jay, Ujang (sekadar menyebut beberapa nama) akan mengiringi persembahan. Aznan Alias @ Nan yang telah lama bersekutu dengan M. Nasir, bertindak sebagai pemimpin muzik konsert.

Aspek penting dalam persembahan seperti arahan, skrip pentas, bunyi, penatacahayaan, layar perak, prop, kostum dan lain-lain lagi akan ditangani oleh tim produksi profesional dan berpengalaman. Sebuah pentas telah di reka khas oleh Usop Kopratasa untuk kegunaan konsert ini.

Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan diterbitkan olah saudara Ali Bakar yang berpengalaman selama 30 tahun dalam penerbitan konsert–konsert mega artis antarabangsa dan tempatan. Beliau juga banyak terlibat dalam penerbitan konsert M. Nasir sebelum ini, seperti Konsert Gong Impian, 1992 di Dewan MCA, Jln. Ampang, KL., Konsert Canggung, 1994 di Stadium Negara, Konsert Andalusia pada tahun 2000 di Stadium Merdeka dan beberapa konsert dan acara-acara lain lagi.

Untuk makluman juga, setiap RM1 dari pembelian tiket Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan disalurkan terus ke tabung NSTP Charity Fund yang banyak membantu golongan kanak-kanak dan kurang berkemampuan di Negara ini bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Selain dari itu pihak NSTP Group yang bertindak selaku Akhbar Rasmi Konsert Alam Muzik M.Nsir ini juga akan mengadakan jualan cenderahati konsert berupa mouse pad dan mug yang ditandatangani oleh M.Nasir. Hasil jualan cenderahati ini akan disalurkan ke tabung NSTP Charity Fund.
Sesungguhnya konsert ini akan menjanjikan satu pengalaman yang unik dan menghiburkan buat anda semua.

Jangan ketinggalan. Datanglah beramai-ramai Dapatkan tiket Anda Sekarang
Pasti, satu lagi temasya gemilang akan terlakar.

Aturcara Konsert
08:15 mlm Pintu dibuka.
08:30 mlm Konsert Alam Muzik M. Nasir bermula.
10:30 mlm Konsert di jangka tamat.
11:00 mlm Sesi bertemu peminat, fotografi & autograf di lobi Istana Budaya.
JOM LAYANNNNNNNNNNNNN...mbung takan duk umah lak kut...ko kan hantu sifuuu

Tuesday, January 27, 2009

bercuti di ulu langat - 25 jan 2009

hiii...ahad baru ni wa n family telah bercuti di ulu langat..mandi sungai ler pelagi...layan BBQ and mandi manda..lama siut tak mandi sungai2 ni...

as usual la...CNY ni sure crowded..tp wa gerak awal...susah la gak dpt port...g sg congkak pergh..full booked...naik ke atas skit ler..dpt ler gak port..ramai yg dah stay overnite since saturday...time2 lepak tingin gak ajak geng2 kupi-kupi piknik sehhh...korang takmo kaaa...

kang gambo aku load...next project wa nak g ulu tamu batang kali...dgr port menarik...kaki gunung genting...kakakkaka

Tuesday, January 20, 2009

Taiko proposed melawat pusara arwah Sudin

update 28 Jan 2009

as our chain email...taiko proposed nak melawat pusara

Allahyarham Shamsuddin bin Mohammad

Lokasi di Teluk Panglima Garang...

kalau ada yg sudi leh la war2 kepada rakan2 yang lain

proposed date : 7 march 2009 (saturday) ..on 9th tu Maulud Nabi...

lokasi aku rs kene refer kat en Dino...weit Dino...guide skit nak g umah arwah ni...lu kasi ler google earth ker...hahahahha...

buat masa ni xde tentative programme as Angah tanya kat aku...n aku rs better Taiko la arrange utk programme ni...EN Taiko..sila ambil perhatian...

Sunday, January 11, 2009

Berbuka puasa - BIG PLATE SUBANG

yaaaa...kini kembali...congratzz...berjaya gak arrange lepas byk tempat nak g last2 ke Subang Mewah ler pulok RESTORAN BIG PLATE buffet style menjadi pilihan..alhamdulillah..sempena nak raya ni berjaya gak korang merapatkah ukhwah sesama kiter...kehadiran yg kurang memberangsangkan..maybe memasing banyak sgt comitment majlis berbuka puasa...terima kasih kat ARUL yg bersusah payah mencari lokasi di saat akhir..kehadiran..YEOP, ANGAH, AJAM and ILAN bersama isteri dan anak-anak masing2 memeriahkan suasana...

kang ler upload gambar ehsan dr Yeop

1st Mini Gath - Mee Ghulam Kota Damansara

salam...akhirnya berjaya gak kiter ber'kupi-kupi'...even tak ramai..antaranya..

Nuar
Arul
Angah
Apai
Ajam
UU
Awale
Yeop

tapi meriah siot...tq la utk korang...lokasi kiter GHULAM MEE KOTA DAMANSARA telah menjadi saksi..cewahhh..event kiter start pukul 8.00 pm..tapi as usual ler kehadiran sorang demi sorang...tahniah la atas BIG commitment terutamanya dr big boss Nuar kiter yg awal sekali dgn Arul , sampai tersesat2 la katanya...Yeob bersama anak-anak serta isteri tersayang tak leh tinggal kat umah...memasing dah berubah ler...cuma UU ngan Awale jerk la dah bertambah ganteng...cuma tunggu jemputan nasi minyak ni weiiii..

perancangan secara tak rasminya akhirnya telah berjaya kiter kabulkan..tepukan utk diri memasing..wa pun tumpang gembira la atas kejayaan ini..even wa pun mai lambat sekali lepas korang melantak dulu...gile mmg lama la tak kumpul2 mcm tu...teringat ler pulak zaman2 kedai Abg Pop and Albert dulu...

agenda ringan memasing utarakan...sambil borak2 pasal kerjaya, anak binik, main futsal, sampai ler ker project berbuka puasa...ada gak memasing pasang impian nak ke dungun semula..tp agenda tu terlalu besar kendian2 ler kiter arrange...

lepak punya lepak malam pun makin larut..ni bukan zaman bujang dah...anak binik kat umah tu tunggu dah...yeop star beredar dulu dah 'kupi-kupi' kiter ni abis around 11.00 pm..
adios..until the next meet...programme berbuka puasa...